Monday, 28 August 2017

KEKUATAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN PETA MINDA



     Pada hari ini,kita hidup dalam dunia yang serba maju dan moden.Kita amat beruntung kerana sejak negara kita merdeka,kita telah mencapai perkembangan pesat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan,perindustrian dan lain-lain.Malangnya,dalam usaha kita berlumba-lumba mengejar pembangunan dan kemajuan ekonomi,sains dan teknologi,timbul kebimbangan tentang masalah teknik pembelajaran dalam pendidikan di sekolah.Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran yang mengikut abad ke-21 ialah mengajar pelajar-pelajar menggunakan alat berfikir seperti penggunaan peta minda,grafik dan pemetaan i-think.Hal ini diakatakan demikian kerana,alat-alat berfikir tersebut sesuai digunakan dalam pembelajaran kini kerana pelajar-pelajar akan lebih terdedah kepada soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi.Menurut (Thomas,1992) penilaian keatas kemahiran berfikir aras tinggi adalah suatu cabaran yang hebat kerana kualiti pelajar harus diteliti termasuklah keputusan dan hasil kerja mereka.Oleh itu,pelajar-pelajar haruslah menggunakan teknik pembelajaran yang betul untuk mengambil nota adalah dengan menggunakan peta minda.Perkara ini dapat memudahkan pembelajaran pelajar semasa di dalam kelas.

 KONSEP PETA MINDA

      Definisi konsep peta minda adalah gambaran fikiran tentang fakta-fakta penting atau berkaitan tentang sesuatu perkara yang ditafsirkan dengan menggunakan tulisan dan bahan grafik seperti anak panah,rajah,bentuk untuk menunjukkan jaringan perkaitan antara tajuk kecil dan tajuk utama.Umum mengetahui bahawa,peta minda telah digunakan sejak bertahun-tahun lamanya untuk tujuan pembelajaran,percambahan fikiran,ingatan,pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik,para pelajar dan orang ramai secara umumnya.Peta minda ini tidak terhad dan boleh digunakan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami dan membaca secara mudah.Penulisan ini dikukuhkan lagi dengan kata-kata (Buzan,2003) yang menyatakan bahawa peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pendidikan.Tony Buzan telah mencipta peta minda yang digunakan pada hari ini pada akhir taun 1960-an.Untuk pengetahuan,peta konsep hanya digunakan pada zaman dahulu dan ianya berjejari dengan hanya ada satu kata kunci iaitu tajuk utama yang ingin dikembangkan cabangnya di tengah-tengah pusat.Antara contoh bentuk peta minda yang dapat dilihat ialah:

1)
        Hasil carian imej untuk peta minda

2)
       Imej yang berkaitan
       
3)Hasil carian imej untuk peta minda
     


KEKUATAN  PENGGUNAAN PETA MINDA

       Menurut perkembanagan sejarah tentang peta mina,peta ini dikenali sebagai "Swiss army knife for the brain" iaitu salah satu teknik mengambil nota yang telah digunakan oleh individu seluruh dunia yang lebih daripada 250 juta.Di sini kita dapat lihat bahawa penggunaan peta minda adalah sangat baik untuk digunakan dalam kalangan setiap lapisan masyarakat.Kebaikan atau kelebihan yang terdapat pada penggunaan peta minda ialah dapat membantu para pembuat peta minda mengingat dengan mudah .Hal ini dikatakan demikian kerana,peta minda mempunyai ciri-ciri nota yang dapat menarik minat para pembaca untuk sentiasa membaca nota tersebut seperti penggunaan warna yang menarik,pelbagai gambar yang ditunjukkan dan sebagainya.Secara tidak langsung,pembaca dapat mengelakkan mata daripada berasa letih dan mengantuk ketika membaca peta minda yang dibuat sendiri.Seterusnya mudah memahami sesuatu konsep adalah salah satu kebaikan menggunakan peta minda.Kenyataan ini disokong oleh kajian yang telah dibuat oleh (Nor Azura,2008) yang menunjukkan bahawa penggunaan unsur bentuk dan warna yang menarik dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar di dalam kelas.

       Oleh itu,peta minda ini sesuai digunakan kerana ia menekankan penggunaan warna,anak panah dan rajah untuk menjadikan ianya menarik.Secara tidak langsung,negara Malaysia dapat melahirkan pelajar yang bersikap inovatif dan kreatif dalam mencipta sesuatu perkara.Di samping itu,peta minda juga membantu pelajar-pelajar untuk membentuk gambaran mental daripada perkara yang didengari,dilihat dibaca dan difikirkan.Terutamanya kanak-kanak yang masih memerlukan kaedah pembelajaran yang mempunyai gambaran untuk menarik minat mereka supaya belajar.Kegunaan peta minda ini sekaligus mengajar murid untuk memperkembangkan isi-isi dengan menguunakan satu tajuk yang diberikan.

KELEMAHAN PENGGUNAAN PETA MINDA

     Namun begitu,masih ada lagi kekurangan semasa mengunakan kaedah peta minda ini.Antara kekurangan yang dapat kita perhatikan ialah petama,peta mina yang dibuat oleh pelajar tersebut hanya difahami oleh beberapa golongan sahaja.Hal ini dikatakan demikian kerana,kemungkinan peta minda yang dibuat olehnya hanya difahami untuk kegunaan sendiri.Peta yang dibuat mempunyai isi yang terlalu ringkas menyebabkan maklumat yang dikongsi tidak sampai kepada orang lain.Sehubungan dengan itu,perkataan dan penggunaan bahsa juga merupakan salah satu kelemahan terhadap penggunaan peta minda.Misalnya,penggunaan bahsa rojak yang digunakan oleh sesetengah orang dalam meringkaskan ayat dalam peta minda tersebut.
     
      Selain itu,kata kunci yang tidak sesuai di dalam peta minda menyebabkan sukar untuk maklumat tersebut diingati.Hal ini bermaksud tajuk utama dan tajuk kecil yang ingin dikembangkan isinya tidak menepati penggunaan kata-kata yang sesuai bagi memudahkan seseorang untuk mengingati maklumat tersebut.Sehubungan dengan itu,peta minda juga mempunyai kelemahan dalam membuat perbandingan atau perbezaan tentang sesuatu tajuk.Perkara ini menyebabkan pembelajaran atau maklumat yang ingin dikongsi kurang sampai kepada pelajar.Tulisan atau ayat yang terlalu panjang meyebabkan peta minda tersebut tidak dapat difahami oleh segelintir orang.Perkaara ini bersependapat kerana,peta minda adalah kaedah yang digunakan untuk meringkaskan sesuatu huraian supaya menjadi nota yang ringkas dan padat serta turut difahami oleh orang lain.Oleh itu,jangan lah dihuraikan ayat-ayat tersebut sehingga menyebabkan peta minda menjadi berserabut dan berselerak dipenuhi ayat-ayat yang panjang.

PENUTUP


      Kesimpulannya,masih lebih banyak kebaikan dan kegunaan peta minda ini kepada setiap lapisan masyarakat.Sekaligus,peta minda ini dapat digunakan terutamanya semasa proses pembelajaran di dalam kelas.Mengikut seorang penulis (Dilip Mukerjea,1996) dalam bukunya yang bertajuk "superbrain",melalui pemetaan minda seseorang itu dapat "learn MORE,remember MORE, use LESS paper,invest LESS effort" yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih banyak,mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak keras serta tenaga.Kata-kata yang dikeluarkan sangatlah berguna dan memberi motivasi terutamanya kepada pelajar yang bermasalah dalam mengingati sesuatu maklumat.Hal ini juga dapat menjimatkan kertas dalam mengulangkaji pelajaran.Oleh itu semua pihak haruslah prihatin terhadap pendidikan dalam negara Malaysia agar negara kita maju dalam bidang pendidikan setaraf dengan negara maju yang lain.

No comments:

Post a Comment

KEKUATAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN PETA MINDA

     Pada hari ini,kita hidup dalam dunia yang serba maju dan moden.Kita amat beruntung kerana sejak negara kita merdeka,kita telah me...